Kita bersatu kerana jiwa bersama从心开始

Foto Saya
Sintok, Kedah, Malaysia
读我 。一个。如果。。。 Mencari sinar kasih suci, tetapi disini terus menanti. Percaya cinta tiada ganti...

8/19/2010

CETI HARAM

Marcapada, kegiatan ceti  haram semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ceti haram merujuk kepada orang ataupun badan yang menawarkan pinjaman secara haram pada kadar faedah yang bukan calang-calang tingginya, disusuli dengan ancaman keganasan. Dalam masyarakat India, ceti haram dikenali sebagai Chettiar,dan dipanggil sebagai Tai Ee Long dalam masyarakat Cina serta  Ah  Long dalam masyarakat Melayu.

Kejadian penceti haram bertindak ganas terhadap peminjam kredit yang tidak mampu menjelaskan hutang sering berlaku. Namun begitu, sesetengah orang masih membuat pinjaman daripada lintah darat ini. Apakah faktor yang menyebabkan orang ramai sanggup mengambil risiko untuk membuat pinjaman daripada ceti haram walaupun terdapat syarikat kewangan yang sah? Apakah implikasi-implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini dan apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh orang ramai bagi membendung masalah ini?

Faktor-faktor
Antara faktor yang menyebabkan orang ramai membuat pinjaman daripada ceti haram adalah kemudahan mendapat pinjaman daripada mereka. Ceti haram menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah seperti pihak bank kerana telah disenarai hitam , diisytiharkan muflis dan sebagainya. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat dan rumit menjadi umpan laris kepada masyarakat. Ceti haram mempromosikan perkhidmatan mereka dengan tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera tanpa cagaran sedangkan syarikat kewangan yang sah mengenakan syarat yang ketat dan mengambil masa yang panjang bagi meluluskan pinjaman.

Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan turut menjadi faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram.Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dahadapi dalam perniagaan.Ibarat menangguk di air keruh, ceti haram menghulurkan pinjaman wang pada saat mangsa kesempitan wang misalnya ada yang memerlukan wang untuk perubatan ataupun kesinambungan perniagaan. Sesetengah peniaga menghadapi masalah kewangan iaitu modal pusingan. Mereka susah untuk mendapat pinjaman dari bank kerana pihak bank mengenakan syarat yang ketat sedangkan mereka tidak memiliki harta benda untuk dipajakkan kepada bank sebagai cagaran. Tambahan pula, pihak bank mengambil masa yang panjang untuk meluluskan pinjaman. Akibatnya, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman kredit daripada ceti haram.

Penguatkuasaan pihak berkuasa yang tidak ketat juga mendorong berleluasaan kegiatan ceti haram. Mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, operasi pinjaman tanpa lessen akan dikenakan penalti maksimum RM1000 bagi kesalahan kali pertama. Penalti sehingga RM5000 atau dipenjarakan 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya. Hukuman yang dijatuhi tidak berat sehingga ceti haram berani mencabar undang-undang Negara secara terbuka kerana hukuman yang dijatuhi tidak berat walaupun mereka didapati melakukan kesalahan. Selain itu, pihak berkuasa juga tidak bertindak secara agresif dalam tugas menangani masalah ceti haram.

Kegiatan meminjam wang daripada ceti haram boleh menporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan keamanan dan kebahagian keluarga terancam sekiranya si peminjam tidak mampu membayar hutang. Ceti haram mengenakan kadar faedah pinjaman yang tinggi. Dengan ini, jika peminjam tidak dapat menjelaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan, hutang mereka akan berlipat ganda. Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan terutamanya golongan yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka mungkin akan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Banyak kes yang melibatkan peminjam sanggup membunuh diri bersama ahli keluarga mereka akibat tekanan daripada ceti haram apabila mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan hutang mereka supaya penceti haram tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga.

Selain itu, bermaharajalela aktiviti ceti haram akan menggalakkan kegiatan jenayah yang lebih serius dalam Negara. Kumpulan penjenayah terlibat dalam kegiatan ceti haram dan sumber wang mereka datang daripada kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, rompakan dan sebagainya. Kegiatan pinjaman wang ini membolehkan mereka mendapat keuntungan yang lumayan. Dengan ini, mereka dapat melancarkan kegiatan jenayah yang lebih serius dan dahsyat. Mereka akan bermodal dalam kegiatan cetak rompak VCD, mengimport senjata api, membuka pusat perjudian dan sebagainya. Kegiatan jenayah demikian akan mengancam keselamatan sosial dan menjejaskan imej negara. Secara tidak langsung, kegiatan jenayah juga akan menjejaskan sektor perlancongan Negara. Hal demikian kerana pelancong asing bimbang akan keselamatan diri mereka dan mereka tidak berani datang ke negara kita.          

Kegiatan ceti haram juga akan mencetuskan keganasan. Peminjam yang tidak mampu membayar akan diugut, digertak dan dikasari. Di samping itu, keluarga dan perniagaan mereka sering diganggu. Sebagai contohnya, rumah peminjam mungkin dikunci dan disimbah cat marah atau keluarga mereka akan dimaki  hamun untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Tambahan pula, anak isteri peminjam mungkin akan diculik sebagai ugutan untuk menebus balik wang yang sepatutnya diterima.

Langkah-langkah
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ceti haram adalah penguatkuasaan undang-undang yang ketat, Pindaan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 memberi kuasa kepada polis untuk melakukan penyiasatan, merampas dokumen dan menggeledah premis serta menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ceti haram tanpa waran. Pihak berkenaan harus mengawal pernerbitan iklan yang membabitkan pemberian pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela. Pindaan terhadap Akta Pemberi pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimum dan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah. Mereka haruslah dikenakan denda yang lebih berat, misalnya didenda RM5000 atau dimasukkan penjara atau kedua-dua sekali. Bagi ceti haram yang mencederakan peminjam harus dikenakan hukuman yang berat, misalnya disebat. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telaah bersetuju untuk mengehahkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.

Kesedaran tentang kesan buruk meminjam daripada ceti haram juga harus terdedah kepada  masyarakat. Pihak berkenaan harus melancarkan kempen secara besar-besaran untuk menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Aktiviti kesedaran tentang implikasi buruk meminjam daripada ceti haram juga boleh dibuat melalui akhbar ataupun media elektronik. Sebagai anggota masyarakat, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang aktiviti pinjaman haram.

Syarikat kewangan dan pihak bank juga memainkan peranan penting dalam usaha membanteraskan kegiatan ceti haram. Syarikat kewangan dan pihak bank boleh menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bank dan syarikat kewangan perlu menyediakan prrosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaran dan syarat yang banyak serta ketat bagi memudahkan seseorang itu membuat pinjaman. Selain itu, mereka juga harus mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius.

Kesimpulannya, orang ramai hendaklah berganding bahu untuk mengatasi kegiatan jenayah ini daripada berleluasa lagi. Di sampinng itu, pihak berkenaan haruslah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram.Usaha-usaha ini mestilah dilakukan agar keharmonian dan kesejahteraan negara terjamin.



Ditulis oleh,
CHENG JIA HUEY 206644

1 ulasan: