Kita bersatu kerana jiwa bersama从心开始

Foto Saya
Sintok, Kedah, Malaysia
读我 。一个。如果。。。 Mencari sinar kasih suci, tetapi disini terus menanti. Percaya cinta tiada ganti...

8/19/2010

Mat Rempit

Mat Rempit sedang menunjukkan teknik menunggang.



    Apakah maksud bagi "Mat Rempit"? Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. Ia telah dijadikan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Seperti yang kita maklumi, Mat Rempit merupakan berlumba sahaja, manakala juga termasukla menunggang menunggang secara berbahaya di jalan raya. Biasanya, mereka akan berlumba secara berkumpulan pada tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Hal ini amat membimbangkan semua pihak.

    Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, pergaduhan, perjudian, kaki rogol malah sanggup membunuh. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Tambahan pula, sesetengah Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan ataupun menaiki motorsikal curi. Kebanyakan Mat Rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah, mereka akan menggunakan motosikal bapa atau ahli keluarganya mereka untuk berlumba.

    Manakah tempat yang akan dipilih untuk berlumba? Mat Rempit akan memilih jalan yang mencabar seperti di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan kemungkinana ialah menerima cabaran rakan-rakan. Mat Rempit juga akan selalu mengubah ataupun memperbaiki teknik menunggang mereka dari semasa ke semasa. Bagi mereka, semakin bahaya teknik menunggang mereka, semakin mendapat tepukan daripada penonton dan mereka akan berasa bangga kerana mereka telah menjadi juara di kalangan Mat Rempit. Teknik mereka termasuklah baring, berdiri dan sebagainya.

    Apakah faktor-faktor yang menjadi punca "Mat Rempit"? Punca pertama ialah perasaan ingin mencuba. Sesetengah remaja yang suka mencuba dan suka menerima cabaran, meraka akan berani untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka inginkan. Oleh itu, mereka akan mencuba berlumba walaupun risiko yang ditanggungkan adalah begitu tinggi. Selain itu, punca kedua ialah terpengaruh oleh rakan sebaya. Pada masa kini, kebanyakan remaja akan dipengaruhi oleh rakan sebayanya yang suka berlumba. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebayanya. Walaupun sebahagian remaja mengetahui akan akibatnya, tetapi mereka turut akan ikut jejak rakan sebayanya. Tambahan pula, kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa juga salah satu punca Mat Rempit. Oleh sebab kebanyakan ibu bapa akan bekerja di luar, maka kebanyakan masa mereka ialah bekerja. Oleh demikian, anak-anak mereka akan kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Apabila remaja merasa bosan, maka remaja akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luan rumah bersama rakan-rakan lain. Seperti yang kita maklumi, kebanyakan ibu bapa akan meleter di rumah. Hal ini menyebabkan remaja berasa bosan apabila berada di rumah.

    Bagaimanakah kita nak menangani masalah budaya Mat Rempit di kalangan remaja? Apa sekalipun, masalah ini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalah ini. Maka di sini terdapat beberapa langkah untuk mengatasi "Mat Rempit" daripada terus menular dalam masyarakat.Antaranya ialah peranan dan tanggungjawab ibu bapa.Apakah peranan ibu bapa?Mengapakah peranan ibu bapa begitu penting untuk mengatasi masalah Mat Rempit? Sebagai ibu bapa, mereka patut selalu mengambil berat tentang hal-hal anak mereka.Contohnya, ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian adalah secukupnya bagi anak-anak mereka supaya anak-anak akan merasai diri mereka disayangi dan dikasihi. Selain itu, mereka juga meluangkan masa untuk mendengar luahan hati anak-anak mereka ataupun mengadakan aktiviti bersama dengan anak-anak mereka.

    Langkah kedua ialah penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif. Jika kerajaan ingin membendungkan masalah Mat Rempit, maka penguatkuasa undang-undang amat diperlukan. Selain itu, kerajaan juga disarankan agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Ini bermaksud,hukuman berat dikenakan kepada remaja ataupun orang yang terlibat dalam Mat Rempit ini.Tambahan pula, kerajaan perlu mengadakan kempen dan program tentang akibat Mat Rempit juga salah satu langkah untuk mengatasi Mat Rempit. Matlamat kerajaan mengadakan kempen dan program tentang akibat Mat Rempit adalah untuk mengingati bahawa kebahayaan untuk berlumba. Ini bermaksud bahawa Mat Rempit merupakan gejala yang tidak sihat dan akan membawa maut, maka kerajaan mengharapkan remaja-remaja akan insaf selepas menghadiri kempen dan program yang dianjurkan.

    Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu Mat Rempit ini. Tindakan lebih tegas terhadap golongan Mat Rempit amat digalakkan. Contohnya, orang awam memberikan cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terlibat dalam perlumbaan motosikal.

    Kebanyakan orang akan berpendapat mengapa gagal ditangani. Menurut Dr.Azeem Fazwan Ahmad Farouk, pensyarah di Universiti Sains Malaysia, masalah ini gagal ditangani kerana disebabkan oleh sikap masyarakat kita sendiri. Beliau berpendapat bahawa kita tidak harus selalu menunding jari kepada kerajaan apabila menghadapi masalah, ssebaliknya kita harus mencari punca masalah dan cuba menyelesaikannya.

    Kesimpulannya, janganlah kita selalu menyalahkan kepada golongan remaja. Sebaliknya, sebagai individu dewasa, kita haruslah membantu golongan ini dengan sikap lebih matang supaya dapat mengurangkan bilangan Mat Rempit di kalangan kita.
   




Perlumbaan motosikal telah membawa maut.
Ditulis oleh,
YEOH SYE NI 205786

2 ulasan: