Kita bersatu kerana jiwa bersama从心开始

Foto Saya
Sintok, Kedah, Malaysia
读我 。一个。如果。。。 Mencari sinar kasih suci, tetapi disini terus menanti. Percaya cinta tiada ganti...

8/21/2010

Pembuangan Bayi

Dalam menghadapi zaman yang serba canggih ini , masyarakat kita mengharungi pelbagai masalah dan satu daripada masalah tersebut ialah masalah sosial seperti berleluasannya kes kecurian , rogol , rasuah , keganasan , dan sebagainya . Namun begitu, salah satu daripada masalah sosial tersebut yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan maysarakat kita . Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Persoalannya , apakah punca-punca pencetus masalah ini ? Kesan-kesan yang berkaitan serta langkah-langkah masalah tersebut dapat dibanteras ?


Punca-Punca
Pendidikan agama
Agama yang merupakan panduan and pedoman hidup yang sangat penting bagi seseorang. Agama dapat membantu seseorang sihat dari segi permikiran. Oleh itu,dalam hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Golongan remaja yang semakin kekurangan kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah seperti hubuagan luar nikah. Jadi mereka malu pada masyarakat yang makmur ini. Tambahan pula, biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Masalah keluarga
Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya. Pengabaian dalam memberi kasih sayang daripada keluarga adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana-mana sahaja.Sebagai contoh, semakin meningkat masalah tersebut dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Kebanyakan golongan remaja yang kekurangan kasih sayang keluarga akan menimbulkan perasaan yang tidak puas hati terhadap ibu bapa. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak suka berada dalam rumah serta tidak meluahkan fikiran mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, remaja tersebut ingin mendapatkan kasih sayang daripada rakan-rakan. Sekiranya, ibu bapa sibuk pada kerja juga harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun.

Pengaruh rakan sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja yang kurang tabah and kukuh pada fikiran amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan berkelakuan kurang moral. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak mereka untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Oleh sebab remaja yang tidak mempunyai keberanian untuk mengaku atas kesalahan yang telah dilakukan, remaja yang terlibat telah membuat pilihan untuk melarikan diri daripada tragedi yang telah berlaku. Oleh itu, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka dalam keadaan yang terdesak.

Mangsa rogol
Walaupun kata masyarakat kini telah maju and berfikir semakin terbuka, tetapi juga terdapat segolongan besar masyarakat yang sukar dan cuba melarikan diri daripada hakikat yang dihapadi pada diri sendirinya. Oleh sebab itu, mangsa rogol telah pilih untuk menyembuyi tragedi yang telah berlaku. Mereka tidak membuat laporan kepada polis ataupun memberitahu kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya. Tambahan pula, masyarakat juga sering dikejutkan dengan kes pembuangan bayi dan kes rogol. Kanak-kanak dijadikan mangsa untuk memuaskan nafsu serakah segelintir "syaitan" ini. Kes ini telah membimbangkan ramai pihak terutamaya para ibu bapa tentang keselamatan bagi pihak yang berkaitan. Maruah mereka seolah-olah tercabar dek kerana ianya boleh diragut tidak kita tatkala mereka berwaspada akan kemungkinan itu. Sebab itulah, sesetengah mangsa rogol akan membuang bayi yang dilahirkan bagi menutup malu . Mereka tidak berani memberitahu keluarganya , melapor kepada pihak polis dan juga kawan baik mereka kerana menakuti hina daripara orang lain .

Keadaan ekonomi yang kurang kukuh
Kedudukan ekonomi yang tidak kukuh di samping mempunyai bilangan anak yang ramai boleh menyebabkan gejala pembuangan bayi berlaku . Hal ini boleh didapati di banyak negara yang miskin atau sedang membangun seperti Namibia , Arfica dan juga negara kita Malyasia. Apabila sesebuah keluarga yang miskin telah menyebabkan mereka tidak mampu menangguang kos perbelanjaan antara kanak-kanak yang ada padanya. Selain itu, sesebuah negara yang miskin atau kurang kukuh dalam bidang ekonomi telah mempengaruhi standard pendidikan.Antara pendidikannya termasuklah pendidikan agama dan pendidikan seks.



Hubungan luar nikah
Anak yang dilahirkan secara luar nikah berkemungkinana akan dibuang bagi menutup malu . Banyak yang terlibat adalah remaja yang berusia umur 16-18 tahun . Mereka belum matang dan bersikap ingin tahu mereka menyebabkan hubungan seks luar nikah terjadi . Mereka tidak bersedia menjadi ibu bapa dan takut mendapati hukuman yang berat apabila mengetahui dirinya mengandung . Mereka menyimpan rahsia tersut sehingga melahirkan anak yang terhasil hubungan di luar nikah . Sifat yang tidak tanggungjawab terhadap lelaki akan melarikan diri dan biarkan sebarang masalah kepada perempuan sendiri menyelesaikan . Anak tersebut kebanyakkan dibuang oleh ibu bapa kanduang mereka kerana ibu bapa yang masih mudah tidak mampu menangguang bedan atau tanggungjawab yang berat.

Kesan-Kesan
Menjatuhkan imej negara
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah pembangunan sesebuah negara akan terbantut serta menyebabkan keadaan ekonomi negara tersebut sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perkembangan sesebuah negara mempunyai hubungan erat dengan keharmonian masyarakat. Oleh itu, perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

Kesan kepada ibu
Kesan dari sudut perubatan kepada pesalah adalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain. Mereka yang kekurangan pendidikan perubatan yang berkaitan telah membahayakan kesihatan diri sendirinya. Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang agama dan negara.

Kesan kepada anak
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa.. Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihanan mereka untuk membuangkan bayi tersebut. Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan.


Langkah-Langkah
Pendidikan agama
Memberikan pendidikan agama kepada setiap individu sejak mereka kecil lagi merupakan langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut . Pendidikan agama amat penting untuk mendidik seseorang agar menjadi manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia . Atas sebab itu jugalah negara kita menetapkan rukun yang pertama dalam Rukun Negara kita ialah ‘ Kepercayaan kepada Tuhan ’. Setiap agama mempercayai kewujudan Tuhan yang menuntut agar penganutnya mengamalkan ajaran agama sepenuhnya , sudah tentu dunia ini akan aman . Sifat tamak , hasad dengki , gila kuasa , dan nilai negatif yang lain secara langsung akan tertolak . Sebagai ibu bapa , sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan pendidikan agam yang sempurna kepada anak. Agama juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan yang keji . Ini kerana menurut fahaman apa-apa jua agama yang wujud di dunia ini , segala perbuatan yang kita lakukan semasa di dunia ini akan dibalas semasa di akhirat kelak . Jika baik amaln kita , maka baiklah balasan yang akan kita terima dan begitulah sebaliknya . Hakikat ini tidak dapat kita nafikan dan kepercayaan tersebutlah yang mendorong kita untuk tidak melakukan perbuatan buruk . Oleh itu , bagi mereka yang benar-benar menghayati ajaran agama , perbuatan keji merupakan musuh mereka . Dengan demikian , segala masalah sosial dalam masyarakat tidak akan timbul .

Pendidikan Sekular
Selain pendidikan agama , terdapat juga hal lain yang perlu diberikan perhatian untuk mengatasi masalah sosial dalam masyarakat. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi, dan intelek secara seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Anak harus dihantar ke sekolah sejak kecil lagi agar meraka dapat mengikuti pendidikan dan pengajian dalam pelbagai bidang. Pendidikan yang sempurna dapat menbuka minda seseorang dan menbentuk sikap dan keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Hal ini penting untuk memwujudkan masyarakat yang harmoni.

Peranan ibu bapa
Sebagai ibu bapa, mereka mempunyai tugas berat untuk membedung masalah ini daripada terus berlarutan di lakangan anak kita.Ibu bapa seharusnya nenjadi contoh kepada anak. Walaupun anak dihantar ke sekolah, tetapi tidak bermakna tanggungjawab ibu bapa sudah terlaksana. Anak memerlukan perhatian dan kasih
sayang yang sewajarnya daripada ibu bapa. Wang riggit tidak bererti kepada mereka jika kehidupan mereka terabai. Gejala sosial di kalangan remaja, umurnya berpunca daripada pengabaian ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah dapat menyeibangkan antara tugas mencari rezeki dengan tugas menwujudkan keluarga bahagia. Jika keluarga yang menjadi asas pewujudan sesebuah masyarakat itu dapat hidup dalam keadaan aman, maka masyarakat harmoni juga dapat dibentuk.

Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela atau NGO
Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini, jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM. Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya , kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.



  Kita tidak dapat mengetepikan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membendung kegiatan sosial daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Ini kerana punca yang menyebabkannya juga pelbagai. Walau bagaimanapun, bagi saya, pendidikan agama merupakan teras yang amat penting untuk membendungya. Jika kita berpegang teguh kepada ajaran agama, bererti kita dapat membina benteng yang kukuh yang dapat menahan diri kita daripada mengalami keruntuhan akhlak. Pemahaman dan penghayatan terhadap agama membantu kita membina ketahanan dan disiplin diri yang sukar diganngu-gugat.
             Sekian Terima Kasih...

Ditulis oleh, 
LEE YE LING 205700


Lampiran
1. http://www.scribd.com/doc/29228392/PUNCA-pembuangan-bayi
2. http://barahinahmadi.blogspot.com/2010/04/isu-pembuangan-bayi.html

1 ulasan: