Kita bersatu kerana jiwa bersama从心开始

Foto Saya
Sintok, Kedah, Malaysia
读我 。一个。如果。。。 Mencari sinar kasih suci, tetapi disini terus menanti. Percaya cinta tiada ganti...

8/22/2010

Perdagangan Manusia

  Sedasawarsa ini, isu perdagangan manusia merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Perdagangan manusia merupakan masalah sosial yang serius kerana masalah ini telah menjadi suatu ancaman global yang terus tumbuh dan secara langsung mengancamkan kehidupan dan kebebasan jutaan pria, wanita dan kanak-kanak. Bentuk-bentuk perdagangan manusia dan keragaman luas wilayah dimana perdagangan manusia terjadi, tiada Negara yang dapat kebal terhadap perkara ini. Perleluasaan masalah sosial perdagangan manusia ini akan membawa impak negatif terhadap sesebuah masyarakat mahupun pembangunan sesebuah Negara. Oleh itu, punca yang menyebabkan masalah sosial ini berleluasa seharusnya dicari sehingga ke akar umbi. Selain itu, langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini juga perlu dilaksanakan secara serius supaya Negara bebas dari ancaman global ini.




Perdagangan manusia adalah segala transaksi jual beli terhadap manusia. Aktiviti transaksi meliputi perkerutan, pengiriman, pemindah-tanganan, penampungan, atau penerimaan orang yang dilakukan dengan ancaman atau penggunaan kekuatan dan bentuk-bentuk lain yang menakluki hak asasi orong tersebut untuk tujuan aksploitasi. Eksploitasi meliputi setidak-tidaknya pelacuran, aksploitasi prostitusi orang lain atau kerja layanan secara paksa, perbudakan, perhambaan mahupun pengambilan organ tubuh seseorang tersebut. Dalam hal ini, banyak wanita , kanak-kanak bahkan lelaki terpaksa manjalankan kehidapan yang derita sehinggga ada segelintir daripada mereka rela menamatkan kehidupannya atas terus derita dalam kehidupan seperti ini. Namun begitu, ada juga gadis yang sanggup menjadi hamba abadi teman lelakinya akhirnya menjadi mangsa dalam aktiviti perdagangan manusia kononya cinta. Gadis yang buta mata dalam dunia cinta sentiasa menjadi eksploitasi seks atau dikenali sebagai pekerja seks atas tipu muslihat teman lelakinya. Mangsa-mangsa seperti mereka ini pada permulaannya diberikan ganjaran yang sedikit malah setelah mereka mencapai usia matang iaitu 25tahun, mereka akan diperlakukan dengan kejam di tempat lain. Kebanyakan mereka akan diperjualbelikan untuk eksplotasi seksual. Hal ini telah menyebabkan mereka berisiko tinggi tertular penyakit seksual dan kehamilan yang tidak diingini. Semasa mereka berhamil, mereka akan dikenali sebagai mesin beranak. Mangsa seperti meraka ini tidak berpeluang untuk membesarkan anak yang dilahirkan padahal itulah anak yang dilahirkan oleh mereka. Anak-anak yang dilahirkan oleh mereka akan dijualbeli lagi kepada pihak yang lain untuk menguatkan keuntungan yang lumayan.



Kanak-kanak yang diculik dan dijualbeli ke alam dunia perdagangan manusia akan dipaksa untuk bekerja sebagai seorang pengemis di Negara yang lain, Malangnya, ada segelintir kanak-kanak akan segaja dicederakan seperti jari dipotong, kaki dipotong dan mata sengaja dibutakan untuk mendapat kesimpati orang lain semasa menjalankan kerja sebagai pengemis. Pekara yang dilalui ini secara langsung membawa impak yang negatif terhadap perkembangan fizikal mahupun emosional mereka. Mereka akan menderita seumur hidup lantarannya mereka serupa orang cacat yang sengaja dijadikan. Ada segelintir daripada mereka sanggup menamatkan kehidupan mereka atas terus menderita dalam kehidupan seperti ini.

Menurut analisis yang dicari oleh organisasi International migrasi ,setiap tahun seramai 600,000 sehingga 800,000 orang yang diperjual belikan menyeberangi batas international. Sebanyak 70 peratusnya adalah wanita, 21 peratusnya adalah kanak-kanak dan 9 peratusnya adalah lelaki. Oleh itu, masalah sosial perdagangan manusia ini tidak boleh dipandang remeh . Hal ini disebabkan perleluasan perdagangan manusia ini akan membawa impak negatif kepada sesebuah masyarakat mahupun Negara. Antara impak negatifnya adalah mencetuskan kejahatan organisasi. Keuntungan-keuntungan yang terdapat dari perdagangan manusia menjadi sumber dana bagi kegiatan kriminal seperti memperluaskan organisasi perdagangan manusia ,eksploitasi seks, perbudakan, perhambaan atau pengambilan organ tubuh .



Selain itu, perdagangan manusia yang hangat di sesebuah Negara itu juga akan menjejaskan imej sesebuah Negara dan hal ini secara langsung membawa impak negatif terhadap industri pelancongan . Pengunjung asing tidak berani datang atas keamanan sesebuah Negara tidak stabil .Pengunjung asing khuatir mereka akan menjadi mangsa seturusnya sedangkan mereka terus menggungi Negara yang menghadapi masalah perdagangan manusia yang serius. Masalah sosial perdagangan manusia juga mengugut keamanan sesebuah Negara dan menumbangkan kewibawaan pemerintah. Hal ini juga akan menyebabkan kejatuhan seseorang pemimpin sekiranya seseorang pemerintah tidak dapat melindungi keamanan dan hak-hak penduduknya daripada pelaku perdagangan manusia.



Masalah sosial perdagangan manusia memang membawa kesan negatif yang tidak terhingga kepada sesebuah masyarakat mahupun sesebuah Negara . Oleh itu, langkah yang berkesan seharusnya dicari dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk membanteras masalah sosial ini terus berleluasa. Semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk mendatangani masalah ini. Kerajaan boleh mengadakan program atau kempen-kempen untuk menyemaikan informasi dan akses pendidikan supaya mereka sedari hak milik mereka dan tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu berusaha mengatasi aung suap yang dibayar dibayar oleh perlaku perdangangan untuk menghalang usaha untuk memerangi korupsi yang dilakukan di antara petugas penegak hukum , pejabat imigrasi dan pejabat pengadilan.



Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan yang penting untuk membanteras masalah sosial ini. Ibu bapa perlu mengeluarkan masa untuk mendidikan anak mereka supaya tidak mudah mempercayai kata-kata manis mahupun tipu muslihat yang digunakan oleh orang yang berniat jahat. Guru-guru juga boleh mengambil contoh yang terpapar di surat khabar untuk meyemaikan maklumat kepada anak muridnya supaya mereka dapat meyedari hak kepentingan mereka dan dapat mengelakkan diri menjadi mangsa yang seterusnya .



Secara tuntasnya, masalah sosial perdagangan manusia memang mendatangkan impak negatif yang tidak terhingga kepada masyarakat mahuaun sesebuah Negara. Oleh itu, kerjasama semua pihak untuk membanteras masalah sosial ini adalah penting supaya kita bebas daripada masalah perdagangan manusia . Bah kata pepatah “Bersatu teguh, bercerai reboh”Marilah kita bersatu hati untuk membawa Malaysia ke banting yang bebas dari masalah sosial perdagangan manusia demi menerajui WAWASAN 2020 .



Ditulis oleh,
SHO SIN HUA 205842

8/21/2010

Pembuangan Bayi

Dalam menghadapi zaman yang serba canggih ini , masyarakat kita mengharungi pelbagai masalah dan satu daripada masalah tersebut ialah masalah sosial seperti berleluasannya kes kecurian , rogol , rasuah , keganasan , dan sebagainya . Namun begitu, salah satu daripada masalah sosial tersebut yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan maysarakat kita . Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Persoalannya , apakah punca-punca pencetus masalah ini ? Kesan-kesan yang berkaitan serta langkah-langkah masalah tersebut dapat dibanteras ?


Punca-Punca
Pendidikan agama
Agama yang merupakan panduan and pedoman hidup yang sangat penting bagi seseorang. Agama dapat membantu seseorang sihat dari segi permikiran. Oleh itu,dalam hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. Golongan remaja yang semakin kekurangan kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah seperti hubuagan luar nikah. Jadi mereka malu pada masyarakat yang makmur ini. Tambahan pula, biasanya golongan remaja yang merupakan golongan yang terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Masalah keluarga
Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya. Pengabaian dalam memberi kasih sayang daripada keluarga adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana-mana sahaja.Sebagai contoh, semakin meningkat masalah tersebut dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Kebanyakan golongan remaja yang kekurangan kasih sayang keluarga akan menimbulkan perasaan yang tidak puas hati terhadap ibu bapa. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak suka berada dalam rumah serta tidak meluahkan fikiran mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, remaja tersebut ingin mendapatkan kasih sayang daripada rakan-rakan. Sekiranya, ibu bapa sibuk pada kerja juga harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun.

Pengaruh rakan sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja yang kurang tabah and kukuh pada fikiran amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan berkelakuan kurang moral. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak mereka untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Oleh sebab remaja yang tidak mempunyai keberanian untuk mengaku atas kesalahan yang telah dilakukan, remaja yang terlibat telah membuat pilihan untuk melarikan diri daripada tragedi yang telah berlaku. Oleh itu, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka dalam keadaan yang terdesak.

Mangsa rogol
Walaupun kata masyarakat kini telah maju and berfikir semakin terbuka, tetapi juga terdapat segolongan besar masyarakat yang sukar dan cuba melarikan diri daripada hakikat yang dihapadi pada diri sendirinya. Oleh sebab itu, mangsa rogol telah pilih untuk menyembuyi tragedi yang telah berlaku. Mereka tidak membuat laporan kepada polis ataupun memberitahu kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya. Tambahan pula, masyarakat juga sering dikejutkan dengan kes pembuangan bayi dan kes rogol. Kanak-kanak dijadikan mangsa untuk memuaskan nafsu serakah segelintir "syaitan" ini. Kes ini telah membimbangkan ramai pihak terutamaya para ibu bapa tentang keselamatan bagi pihak yang berkaitan. Maruah mereka seolah-olah tercabar dek kerana ianya boleh diragut tidak kita tatkala mereka berwaspada akan kemungkinan itu. Sebab itulah, sesetengah mangsa rogol akan membuang bayi yang dilahirkan bagi menutup malu . Mereka tidak berani memberitahu keluarganya , melapor kepada pihak polis dan juga kawan baik mereka kerana menakuti hina daripara orang lain .

Keadaan ekonomi yang kurang kukuh
Kedudukan ekonomi yang tidak kukuh di samping mempunyai bilangan anak yang ramai boleh menyebabkan gejala pembuangan bayi berlaku . Hal ini boleh didapati di banyak negara yang miskin atau sedang membangun seperti Namibia , Arfica dan juga negara kita Malyasia. Apabila sesebuah keluarga yang miskin telah menyebabkan mereka tidak mampu menangguang kos perbelanjaan antara kanak-kanak yang ada padanya. Selain itu, sesebuah negara yang miskin atau kurang kukuh dalam bidang ekonomi telah mempengaruhi standard pendidikan.Antara pendidikannya termasuklah pendidikan agama dan pendidikan seks.



Hubungan luar nikah
Anak yang dilahirkan secara luar nikah berkemungkinana akan dibuang bagi menutup malu . Banyak yang terlibat adalah remaja yang berusia umur 16-18 tahun . Mereka belum matang dan bersikap ingin tahu mereka menyebabkan hubungan seks luar nikah terjadi . Mereka tidak bersedia menjadi ibu bapa dan takut mendapati hukuman yang berat apabila mengetahui dirinya mengandung . Mereka menyimpan rahsia tersut sehingga melahirkan anak yang terhasil hubungan di luar nikah . Sifat yang tidak tanggungjawab terhadap lelaki akan melarikan diri dan biarkan sebarang masalah kepada perempuan sendiri menyelesaikan . Anak tersebut kebanyakkan dibuang oleh ibu bapa kanduang mereka kerana ibu bapa yang masih mudah tidak mampu menangguang bedan atau tanggungjawab yang berat.

Kesan-Kesan
Menjatuhkan imej negara
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan berlaku ialah pembangunan sesebuah negara akan terbantut serta menyebabkan keadaan ekonomi negara tersebut sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perkembangan sesebuah negara mempunyai hubungan erat dengan keharmonian masyarakat. Oleh itu, perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.

Kesan kepada ibu
Kesan dari sudut perubatan kepada pesalah adalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain. Mereka yang kekurangan pendidikan perubatan yang berkaitan telah membahayakan kesihatan diri sendirinya. Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang agama dan negara.

Kesan kepada anak
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa.. Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tidak sepatutnya, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihanan mereka untuk membuangkan bayi tersebut. Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan.


Langkah-Langkah
Pendidikan agama
Memberikan pendidikan agama kepada setiap individu sejak mereka kecil lagi merupakan langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut . Pendidikan agama amat penting untuk mendidik seseorang agar menjadi manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia . Atas sebab itu jugalah negara kita menetapkan rukun yang pertama dalam Rukun Negara kita ialah ‘ Kepercayaan kepada Tuhan ’. Setiap agama mempercayai kewujudan Tuhan yang menuntut agar penganutnya mengamalkan ajaran agama sepenuhnya , sudah tentu dunia ini akan aman . Sifat tamak , hasad dengki , gila kuasa , dan nilai negatif yang lain secara langsung akan tertolak . Sebagai ibu bapa , sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan pendidikan agam yang sempurna kepada anak. Agama juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan yang keji . Ini kerana menurut fahaman apa-apa jua agama yang wujud di dunia ini , segala perbuatan yang kita lakukan semasa di dunia ini akan dibalas semasa di akhirat kelak . Jika baik amaln kita , maka baiklah balasan yang akan kita terima dan begitulah sebaliknya . Hakikat ini tidak dapat kita nafikan dan kepercayaan tersebutlah yang mendorong kita untuk tidak melakukan perbuatan buruk . Oleh itu , bagi mereka yang benar-benar menghayati ajaran agama , perbuatan keji merupakan musuh mereka . Dengan demikian , segala masalah sosial dalam masyarakat tidak akan timbul .

Pendidikan Sekular
Selain pendidikan agama , terdapat juga hal lain yang perlu diberikan perhatian untuk mengatasi masalah sosial dalam masyarakat. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi, dan intelek secara seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Anak harus dihantar ke sekolah sejak kecil lagi agar meraka dapat mengikuti pendidikan dan pengajian dalam pelbagai bidang. Pendidikan yang sempurna dapat menbuka minda seseorang dan menbentuk sikap dan keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Hal ini penting untuk memwujudkan masyarakat yang harmoni.

Peranan ibu bapa
Sebagai ibu bapa, mereka mempunyai tugas berat untuk membedung masalah ini daripada terus berlarutan di lakangan anak kita.Ibu bapa seharusnya nenjadi contoh kepada anak. Walaupun anak dihantar ke sekolah, tetapi tidak bermakna tanggungjawab ibu bapa sudah terlaksana. Anak memerlukan perhatian dan kasih
sayang yang sewajarnya daripada ibu bapa. Wang riggit tidak bererti kepada mereka jika kehidupan mereka terabai. Gejala sosial di kalangan remaja, umurnya berpunca daripada pengabaian ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah dapat menyeibangkan antara tugas mencari rezeki dengan tugas menwujudkan keluarga bahagia. Jika keluarga yang menjadi asas pewujudan sesebuah masyarakat itu dapat hidup dalam keadaan aman, maka masyarakat harmoni juga dapat dibentuk.

Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela atau NGO
Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini, jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM. Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya , kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.



  Kita tidak dapat mengetepikan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membendung kegiatan sosial daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Ini kerana punca yang menyebabkannya juga pelbagai. Walau bagaimanapun, bagi saya, pendidikan agama merupakan teras yang amat penting untuk membendungya. Jika kita berpegang teguh kepada ajaran agama, bererti kita dapat membina benteng yang kukuh yang dapat menahan diri kita daripada mengalami keruntuhan akhlak. Pemahaman dan penghayatan terhadap agama membantu kita membina ketahanan dan disiplin diri yang sukar diganngu-gugat.
             Sekian Terima Kasih...

Ditulis oleh, 
LEE YE LING 205700


Lampiran
1. http://www.scribd.com/doc/29228392/PUNCA-pembuangan-bayi
2. http://barahinahmadi.blogspot.com/2010/04/isu-pembuangan-bayi.html

8/20/2010

RASUAH


        Dalam usaha menuju era modenisasi, negara kita terpaksa berhadapan dengan suatu penyakit sosial yang sungguh berbahaya sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, yakni gejala rasuah. Rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kebendaan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Misalnya, rasuah dalam politik, sukan, mendapat sesuatu projek, mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa, dan seumpamanya.

       Gejala ini kian serius di Malaysia. Saban hari, kemelut rasuah sering kali lihat di kaca televisyen dan juga di dada akhbar. Jika dibiarkan berleluasa, masalah ini boleh menghancurkan kemantapan ekonomi dan memburukkan imej negara. Pada umumnya, amalan rasuah ini merupakan suatu perbuatan jahil, jahat dan menyalahi undang-undang negara. Mengapakah amalan rasuah ini masih berlaku? Siapakah yang harus dipersalah?

       Sebenarnya, sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan berlakunya gejala tumbuk rasuah ini. Masyarakat semakin bersikap individualistik dan materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah rasuah. Sikap mereka sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab sanggup menerima sogokan yang diberi tanpa berfikir panjang. Sikap jujur dan amanah sudah ditepikan. Pada zaman ini, kita sering melihat berita rasuah yang menghiasi dada akhbar. Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah banyak merasuahi pihak-pihak lain untuk membolot khazanah dan kekayaan Indonesia. Perbuatan pemimpin tersebut telah membawa penderitaan kepada rakyatnya. Manifestasinya,keinginan menjadi kaya merupakan faktor perdana kepada berlakunya gejala rasuah.

       Sejak belakangan ini, kita banyak mendengar berita tentang skandal rasuah dalam sukan. Atlik-atlik sukan negara kita memberikan rasuah kepada atlik-atlik negara lain agar keputusan sesuatu pertandingan sukan dapat ditukarkan. Pasukan bola sepak negara kita turut disyaki terlibat dalam rasuah apabila kandas dalam perlawanan dengan pasukan Indonesia. Biasanya, rasuah boleh berlaku apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu yang diingini.

       Selain itu, sesetengah pihak juga memberikan rasuah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu hukuman. Lazimnya, kita boleh mendengar laporan tentang pihak polis yang menerima rasuah. Amalan ini biasanya berlaku apabila rakyat menyogok pihak polis dengan wang tunai apabila ditangkap kerana melakukan kesalahan, misalnya pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya. Statistik menunjukkan bahawa kes rasuah yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya. Oleh sebab kesedaran sivik yang masih rendah dalam kalangan rakyat, maka kebanyakan mereka akan melakukan amalan rasuah tanpa memikirkannya akibatnya.

       Seterusnya, kurang didikan agama juga menyebabkan gejala rasuah ini semakin kritikal dan kronik di negara kita. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rasuah telah kehilangan pedoman hidup dalam marcapada yang penuh dengan kejahatan. Mereka bagaikan ‘perahu yang patah pendayung di tengah lautan’ kerana senang diperdaya oleh orang lain dan tidak mempunyai matlamat tertentu. Tambahan pula, benteng ketahanan diri mereka juga mudah dibolosi. Jadi, tidak hairanlah mereka sanggup menerima sogokan wang walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan norma hidup masyarakat. Faktor ini sedikit sebanyak juga diakibatkan oleh undang-undang yang luwes. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan gentar melakukan amalan rasuah jika undang-undang terlalu longgar dan mereka dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan senang sahaja.

       Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

       Selain itu,rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara. Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

       Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyak projek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara.
 
       Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana amalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara.
       Langkah-langkah untuk menbendung gejala rasuah ini ialah kerajaan perlu memperketat undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini masih kurang mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Kerajaan harus menggubalkan undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman berat, seperti melanjutkan tempoh hukuman penjara, mengenakan hukuman rotan atau merampas harta benda yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam rasuah atau melesapkan sumber kewangan syarikat. Tindakan yang berat nescaya akan menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada perbuatan maksiat ini. Usaha kerajaan melaksanakan Lempen Kepimpinan Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke arah menghapuskan jenayah rasuah. Atas dasar ini, pihak berkuasa telah melarang pegawai kerajaan menerima sebarang hadiah daripada orang ramai. Selain itu, setiap pegawai kerajaan juga diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka untuk memastikan kekayaan mereka selaras dengan pendapatan yang diterima.

        Langkah seterusya ialah menerapkan pendidikan moral dan agama. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki nilai-nilai rohaniah yang tinggi. Institusi keagamaan kekeluargaan juga menyamai nilai-nilai moral dan akhlak serta kepercayaan keagamaan kepada setiap anggota masyarakat, terutama kanak-kanak dan golongan belia. Hanya melalui asas pendidikan agama yang kuat sahaja dapat membantu membanteras amalan rasuah ini. Penyelewengan dan pecah amanah tidak mungkin berlaku selagi seseorang itu mematuhi undang-undang negara dan mempunyai keimanan yang kuat.

        Selain itu, pihak-pihak berkuasa perlu memperhebat penyiasatan tentang kes rasuah juga merupakan langkah efektif untuk mengurangkan amalan rasuah ini terus serius di negara kita. Badan Pencegah Rasuah (BRP) perlu memperhebat penyiasatan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah, pecah amanah atau penipuan wang. Polis Diraja Malaysia juga mesti mengambil lebih ramai pegawai yang berkebolehan dan benar-benar jujur untuk menjalankan penyiasatan. Pegawai-pegawai Polis Cawangan Khas boleh ditugaskan untuk membanteras jenayah rasuah. Pembentukan Jawatankuasa Mengenai Penyelewengan dan Penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran awam merupakan langkah positif kerana badan ini badan tertinggi yang bebas daripada cengkaman politik.

        Kerjasama orang ramai merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini. Tindakan yang berkesan hanyalah melalui tindakan bersepadu iaitu melibatkan badan-badan, jabatan-jabatan lain serta penglibatan anggota masyarakat keseluruhannya. Kerjasama segenap lapisan masyarakat mustahak untuk mengurangkan jenayah rasuah. Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Orang ramai juga mesti berani tampil ke hadapan untuk memberi bukti yang cukup kepada pihak polis supaya masalah rasuah dapat dibendung.

        Kesimpulan, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang sukar diubati. Gejala ini telah semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak langkah untuk memerangi ‘jenayah kolar putih’ ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu mengaturkan strategi yang lebih efisien dan efektif untuk membendung masalah sosial ini supaya negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang banyak masalah kepada negara. Marilah kita bersama-sama memerangi amalan rasuah agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

Ditulis oleh,
LIM LAY YONG  206645
                 

8/19/2010

Mat Rempit

Mat Rempit sedang menunjukkan teknik menunggang.



    Apakah maksud bagi "Mat Rempit"? Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. Ia telah dijadikan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Seperti yang kita maklumi, Mat Rempit merupakan berlumba sahaja, manakala juga termasukla menunggang menunggang secara berbahaya di jalan raya. Biasanya, mereka akan berlumba secara berkumpulan pada tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Hal ini amat membimbangkan semua pihak.

    Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki mabuk, pergaduhan, perjudian, kaki rogol malah sanggup membunuh. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Tambahan pula, sesetengah Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan ataupun menaiki motorsikal curi. Kebanyakan Mat Rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah, mereka akan menggunakan motosikal bapa atau ahli keluarganya mereka untuk berlumba.

    Manakah tempat yang akan dipilih untuk berlumba? Mat Rempit akan memilih jalan yang mencabar seperti di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan kemungkinana ialah menerima cabaran rakan-rakan. Mat Rempit juga akan selalu mengubah ataupun memperbaiki teknik menunggang mereka dari semasa ke semasa. Bagi mereka, semakin bahaya teknik menunggang mereka, semakin mendapat tepukan daripada penonton dan mereka akan berasa bangga kerana mereka telah menjadi juara di kalangan Mat Rempit. Teknik mereka termasuklah baring, berdiri dan sebagainya.

    Apakah faktor-faktor yang menjadi punca "Mat Rempit"? Punca pertama ialah perasaan ingin mencuba. Sesetengah remaja yang suka mencuba dan suka menerima cabaran, meraka akan berani untuk melakukan apa-apa sahaja yang mereka inginkan. Oleh itu, mereka akan mencuba berlumba walaupun risiko yang ditanggungkan adalah begitu tinggi. Selain itu, punca kedua ialah terpengaruh oleh rakan sebaya. Pada masa kini, kebanyakan remaja akan dipengaruhi oleh rakan sebayanya yang suka berlumba. Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebayanya. Walaupun sebahagian remaja mengetahui akan akibatnya, tetapi mereka turut akan ikut jejak rakan sebayanya. Tambahan pula, kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa juga salah satu punca Mat Rempit. Oleh sebab kebanyakan ibu bapa akan bekerja di luar, maka kebanyakan masa mereka ialah bekerja. Oleh demikian, anak-anak mereka akan kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Apabila remaja merasa bosan, maka remaja akan mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luan rumah bersama rakan-rakan lain. Seperti yang kita maklumi, kebanyakan ibu bapa akan meleter di rumah. Hal ini menyebabkan remaja berasa bosan apabila berada di rumah.

    Bagaimanakah kita nak menangani masalah budaya Mat Rempit di kalangan remaja? Apa sekalipun, masalah ini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalah ini. Maka di sini terdapat beberapa langkah untuk mengatasi "Mat Rempit" daripada terus menular dalam masyarakat.Antaranya ialah peranan dan tanggungjawab ibu bapa.Apakah peranan ibu bapa?Mengapakah peranan ibu bapa begitu penting untuk mengatasi masalah Mat Rempit? Sebagai ibu bapa, mereka patut selalu mengambil berat tentang hal-hal anak mereka.Contohnya, ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian adalah secukupnya bagi anak-anak mereka supaya anak-anak akan merasai diri mereka disayangi dan dikasihi. Selain itu, mereka juga meluangkan masa untuk mendengar luahan hati anak-anak mereka ataupun mengadakan aktiviti bersama dengan anak-anak mereka.

    Langkah kedua ialah penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif. Jika kerajaan ingin membendungkan masalah Mat Rempit, maka penguatkuasa undang-undang amat diperlukan. Selain itu, kerajaan juga disarankan agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Ini bermaksud,hukuman berat dikenakan kepada remaja ataupun orang yang terlibat dalam Mat Rempit ini.Tambahan pula, kerajaan perlu mengadakan kempen dan program tentang akibat Mat Rempit juga salah satu langkah untuk mengatasi Mat Rempit. Matlamat kerajaan mengadakan kempen dan program tentang akibat Mat Rempit adalah untuk mengingati bahawa kebahayaan untuk berlumba. Ini bermaksud bahawa Mat Rempit merupakan gejala yang tidak sihat dan akan membawa maut, maka kerajaan mengharapkan remaja-remaja akan insaf selepas menghadiri kempen dan program yang dianjurkan.

    Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu Mat Rempit ini. Tindakan lebih tegas terhadap golongan Mat Rempit amat digalakkan. Contohnya, orang awam memberikan cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terlibat dalam perlumbaan motosikal.

    Kebanyakan orang akan berpendapat mengapa gagal ditangani. Menurut Dr.Azeem Fazwan Ahmad Farouk, pensyarah di Universiti Sains Malaysia, masalah ini gagal ditangani kerana disebabkan oleh sikap masyarakat kita sendiri. Beliau berpendapat bahawa kita tidak harus selalu menunding jari kepada kerajaan apabila menghadapi masalah, ssebaliknya kita harus mencari punca masalah dan cuba menyelesaikannya.

    Kesimpulannya, janganlah kita selalu menyalahkan kepada golongan remaja. Sebaliknya, sebagai individu dewasa, kita haruslah membantu golongan ini dengan sikap lebih matang supaya dapat mengurangkan bilangan Mat Rempit di kalangan kita.
   




Perlumbaan motosikal telah membawa maut.
Ditulis oleh,
YEOH SYE NI 205786

CETI HARAM

Marcapada, kegiatan ceti  haram semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ceti haram merujuk kepada orang ataupun badan yang menawarkan pinjaman secara haram pada kadar faedah yang bukan calang-calang tingginya, disusuli dengan ancaman keganasan. Dalam masyarakat India, ceti haram dikenali sebagai Chettiar,dan dipanggil sebagai Tai Ee Long dalam masyarakat Cina serta  Ah  Long dalam masyarakat Melayu.

Kejadian penceti haram bertindak ganas terhadap peminjam kredit yang tidak mampu menjelaskan hutang sering berlaku. Namun begitu, sesetengah orang masih membuat pinjaman daripada lintah darat ini. Apakah faktor yang menyebabkan orang ramai sanggup mengambil risiko untuk membuat pinjaman daripada ceti haram walaupun terdapat syarikat kewangan yang sah? Apakah implikasi-implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini dan apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh orang ramai bagi membendung masalah ini?

Faktor-faktor
Antara faktor yang menyebabkan orang ramai membuat pinjaman daripada ceti haram adalah kemudahan mendapat pinjaman daripada mereka. Ceti haram menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah seperti pihak bank kerana telah disenarai hitam , diisytiharkan muflis dan sebagainya. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat dan rumit menjadi umpan laris kepada masyarakat. Ceti haram mempromosikan perkhidmatan mereka dengan tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera tanpa cagaran sedangkan syarikat kewangan yang sah mengenakan syarat yang ketat dan mengambil masa yang panjang bagi meluluskan pinjaman.

Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan turut menjadi faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram.Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dahadapi dalam perniagaan.Ibarat menangguk di air keruh, ceti haram menghulurkan pinjaman wang pada saat mangsa kesempitan wang misalnya ada yang memerlukan wang untuk perubatan ataupun kesinambungan perniagaan. Sesetengah peniaga menghadapi masalah kewangan iaitu modal pusingan. Mereka susah untuk mendapat pinjaman dari bank kerana pihak bank mengenakan syarat yang ketat sedangkan mereka tidak memiliki harta benda untuk dipajakkan kepada bank sebagai cagaran. Tambahan pula, pihak bank mengambil masa yang panjang untuk meluluskan pinjaman. Akibatnya, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman kredit daripada ceti haram.

Penguatkuasaan pihak berkuasa yang tidak ketat juga mendorong berleluasaan kegiatan ceti haram. Mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, operasi pinjaman tanpa lessen akan dikenakan penalti maksimum RM1000 bagi kesalahan kali pertama. Penalti sehingga RM5000 atau dipenjarakan 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya. Hukuman yang dijatuhi tidak berat sehingga ceti haram berani mencabar undang-undang Negara secara terbuka kerana hukuman yang dijatuhi tidak berat walaupun mereka didapati melakukan kesalahan. Selain itu, pihak berkuasa juga tidak bertindak secara agresif dalam tugas menangani masalah ceti haram.

Kegiatan meminjam wang daripada ceti haram boleh menporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan keamanan dan kebahagian keluarga terancam sekiranya si peminjam tidak mampu membayar hutang. Ceti haram mengenakan kadar faedah pinjaman yang tinggi. Dengan ini, jika peminjam tidak dapat menjelaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan, hutang mereka akan berlipat ganda. Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan terutamanya golongan yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka mungkin akan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Banyak kes yang melibatkan peminjam sanggup membunuh diri bersama ahli keluarga mereka akibat tekanan daripada ceti haram apabila mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan hutang mereka supaya penceti haram tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga.

Selain itu, bermaharajalela aktiviti ceti haram akan menggalakkan kegiatan jenayah yang lebih serius dalam Negara. Kumpulan penjenayah terlibat dalam kegiatan ceti haram dan sumber wang mereka datang daripada kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, rompakan dan sebagainya. Kegiatan pinjaman wang ini membolehkan mereka mendapat keuntungan yang lumayan. Dengan ini, mereka dapat melancarkan kegiatan jenayah yang lebih serius dan dahsyat. Mereka akan bermodal dalam kegiatan cetak rompak VCD, mengimport senjata api, membuka pusat perjudian dan sebagainya. Kegiatan jenayah demikian akan mengancam keselamatan sosial dan menjejaskan imej negara. Secara tidak langsung, kegiatan jenayah juga akan menjejaskan sektor perlancongan Negara. Hal demikian kerana pelancong asing bimbang akan keselamatan diri mereka dan mereka tidak berani datang ke negara kita.          

Kegiatan ceti haram juga akan mencetuskan keganasan. Peminjam yang tidak mampu membayar akan diugut, digertak dan dikasari. Di samping itu, keluarga dan perniagaan mereka sering diganggu. Sebagai contohnya, rumah peminjam mungkin dikunci dan disimbah cat marah atau keluarga mereka akan dimaki  hamun untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Tambahan pula, anak isteri peminjam mungkin akan diculik sebagai ugutan untuk menebus balik wang yang sepatutnya diterima.

Langkah-langkah
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ceti haram adalah penguatkuasaan undang-undang yang ketat, Pindaan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 memberi kuasa kepada polis untuk melakukan penyiasatan, merampas dokumen dan menggeledah premis serta menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ceti haram tanpa waran. Pihak berkenaan harus mengawal pernerbitan iklan yang membabitkan pemberian pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela. Pindaan terhadap Akta Pemberi pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimum dan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah. Mereka haruslah dikenakan denda yang lebih berat, misalnya didenda RM5000 atau dimasukkan penjara atau kedua-dua sekali. Bagi ceti haram yang mencederakan peminjam harus dikenakan hukuman yang berat, misalnya disebat. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telaah bersetuju untuk mengehahkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.

Kesedaran tentang kesan buruk meminjam daripada ceti haram juga harus terdedah kepada  masyarakat. Pihak berkenaan harus melancarkan kempen secara besar-besaran untuk menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Aktiviti kesedaran tentang implikasi buruk meminjam daripada ceti haram juga boleh dibuat melalui akhbar ataupun media elektronik. Sebagai anggota masyarakat, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang aktiviti pinjaman haram.

Syarikat kewangan dan pihak bank juga memainkan peranan penting dalam usaha membanteraskan kegiatan ceti haram. Syarikat kewangan dan pihak bank boleh menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bank dan syarikat kewangan perlu menyediakan prrosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaran dan syarat yang banyak serta ketat bagi memudahkan seseorang itu membuat pinjaman. Selain itu, mereka juga harus mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius.

Kesimpulannya, orang ramai hendaklah berganding bahu untuk mengatasi kegiatan jenayah ini daripada berleluasa lagi. Di sampinng itu, pihak berkenaan haruslah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram.Usaha-usaha ini mestilah dilakukan agar keharmonian dan kesejahteraan negara terjamin.



Ditulis oleh,
CHENG JIA HUEY 206644

8/18/2010

CETAK ROMPAK

     Kegiatan cetak rompak ialah kegiatan jenayah yang mengeluar,menjual dan mengedar keseluruhan atau sebahagian karya orang lain secara komersial serta telah melangar hak cipta karyawan terhasil-hasil. Dari tahun 2002 sehingga Januari tahun 2007,jumlah kes melibatkan cetak rompak yang telah didakwa ialah 33260 kes dan nilai barangan yang telah disita ialah RM265 juta. Statistik tersebut hanya merujuk kepada cetak rompak cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) tanpa mengambil kira kes cetak rompak barangan lain seperti cetak rompak buku,hak cipta,dan sebagainya. Sekiranya diteliti secara mandalam masalah ini,kita akan sedar bahawa fenomena cetak rompak bukanlah satu masalah yang mudah diatasi.

     Serbuan demi serbuan dilakukan ke atas penjual barangan cetak rompak tetapi masalah ini masih berleluasa. Kegiatan cetak rompak tidak berhenti malahan boleh dikatakan bertambah. Apakah yang menggalakkan berlakunya aktiviti merompak hak cipta orang lain? Jawapannya ialah sikap tamak. Sikap tamak merupakan sikap semula jadi manusia dan mereka yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak biasanya merupakan orang yang tamak dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka ingin mencari keuntungan dengan cara yang pantas dan mereka tidak mempedulikan perkara-perkara yang lain.

     Di samping itu,penguatkuasaan undang-undang yang longgar,iaitu hukuman yang dikenakan adalah ringan menyebabkan orang kaya ilmu dan modal sedih kerana kekayaan mereka dirompak. Misalnya,di bawah Akta Hak Cipta 1987,seorang pesalah boleh dikenakan denda minimum RM 2000 dan maksimum RM 20 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Biasanya mereka tahu bahawa jika disabit kesalahan mereka hanya akan didenda. Maka,hukuman ini tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak. Selain itu,pihak penguatkuasa kadang-kala juga terlibat dalam aktiviti rasuah. Oleh sebab itu,kegiatan cetak rompak terus berlaku.

    Antara sebab cetak rompak sukar dikawal ialah perbezaan harga antara barang asli dengan barang cetak rompak adalah besar. Harga barang cetak rompak adalah lebih murah daripada harga barang asli. Pembeli suka membeli barangan cetak rompak kerana harga lebih murah dan bukannya barang asli yang berharga mahal. Hal ini demikian kerana pengguna kurang berkemampuan dan bersikap ego. Mereka tidak mempedulikan kualiti barangan. Mereka menganggap barangan cetak rompak dan barangan asli adalah sama sahaja.Bayangkanlah harga sekeping cakera padat audio asli berharga RM 39 manakala harga cakera padat audio cetak rompak hanya berharga RM 5. Yang manakah akan menjadi pilihan? Perbezaan harga adalah lebih kurang 800%. Barangan cetak rompak boleh dijual dengan begitu murahnya sebab pengusaha cetak rompak hanya memerlukan modal yang sedikit untuk membeli alat-alat untuk digunakan dalam menghasilkan barangan cetak rompak. Oleh itu,sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa.

    Aktiviti cetak rompak telah membawa kesan yang banyak terhadap negara kita. Salah satu kesan ialah kerajaan akan mengalami kerugian kerana tidak dapat mengenakan cukai ke atas barang cetak rompak kerana barangan tersebut adalah barangan haram. Di samping itu,pengusaha produk asli juga kurang berminat mengeluarkan barang asli kerana akan dikenakan cukai yang tinggi dan perlu bersaing dengan barangan cetak rompak. Tanpa cukai,kerajaan kita tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara seperti pembinaan lebuh raya,jambatan,lapangan terbang,pelabuhan,sekolah dan sebagainya. Maka,Malaysia akan berada di tahap kemunduran dan ketinggalan zaman kerana tiada wang untuk pembangunan.

    Selain itu,ahli seni seperti penyanyi, pencipta,penulis buku menerima tamparan yang kuat akibat daripada kegiatan cetak rompak. Biasanya,golongan seni tidak mempunyai pendapatan tahunan yang tetap. Sumber kewangan mereka bergantung kepada komisyen yang diterima hasil penjualan karya seni mereka.Manakala pendapatan penyanyi bergantung kepada kutipan komisyen hasil penjualan CD atau VCD mereka. Dengan kewujudan kegiatan ini,ahli seni tidak mendapat ganjaran yang setimpal dibandingkan dengan usaha yang dicurahkan. Sebaliknya peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan. Hal ini akan melemahkan semangat ahli seni untuk melanjutkan penglibatan mereka dalam bidang kesenian dan memajukan persembahan mereka.

    Kegiatan cetak rompak juga membawa kesan terhadap Projek Koridor Raya Multi Media (MSC).Dr Mahathir Mohammad bertungkus lumus memulakan projek MSC untuk memajukan industri teknologi maklumat. Beliau mempelbagaikan ekonomi negara kita supaya tidak hanya bergantung kepada industri berat,ringan,kecil dan sederhana,dan pelancongan serta menubuhkan 2 bandar utama iaitu Putrajaya dan Cyberjaya.Malah,masalah cetak rompak telah mempengaruhi iklim pelaburan yang sihat di Malaysia. Pengusaha teknologi maklumat tidak hendak menanam modal di sini tanpa jaminan kerajaan. Ini telah menggagalkan hasrat Dr Mahathir Mohammad untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi maklumat serantau dan dunia.

    Apakah tindakan selanjutnya untuk membanteras gejala ini supaya tidak terus berleluasa seperti sekarang?Salah satu langkah untuk mengurangkan masalah ini ialah mengadakan kempen-kempen seperti kesan kegiatan cetak rompak terhadap negara. Kempen ini membolehkan pengguna mengetahui hak dan tanggungjawab mereka supaya tidak membeli barang-barang cetak rompak. Selain itu,pendidikan pengguna melalui seminar,bengkel dan pameran serta kempen jualan murah bagi barang-barang asli juga boleh diadakan untuk membanteras kegiatan cetak rompak.

     Langkah yang lain ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak. Langkah yang teras ini adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Hal ini demikian kerana salah satu alasan aktiviti ini berterusan adalah kerana mereka tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang. Syarikat-syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) haram akan dikenakan denda maksimum RM 250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit. Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual barang haram itu masih berleluasa di negara ini. Jadi,langkah mengenakan hukuman penjara mandatori kemungkinan akan lebih berhasil berbanding dengan hanya mengenakan hukuman denda.

    Selain itu,pihak penguatkuasa boleh mempertingkatkan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan di semua peringkat di seluruh negara. Bagi menentukan tiada penjualan barang-barang cetak rompak berlaku. Pihak penguatkuasa hendaklah mengawal kemasukan alat mencetak dari negara asing. Kerajaan hendaklah mewajibkan pengimport peralatan penyalinan didaftar dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Setiap peniaga juga perlu mendapatkan sijil berdaftar daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum menjual sesuatu barang.

    Sememenangnya sukar untuk menyelesaikan masalah cetak rompak. Sekiranya semua pihak ingin menghapuskan kegiatan ini,kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat mesti menjadi keutamaan. Pengeluar,pembeli pihak penguatkuasa,dan pihak yang melaksanakan undang-undang harus bertindak tegas dan tidak teragak-agak semasa menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak.


Ditulis oleh,
SOON LEE MING   206642

8/17/2010

Dadah

   Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani dan rohani serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat menggunakan dadah akan menyebabkan seseorang itu terus bergantung hidup kepada dadah.

   Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia sekarang. Masalah ini telah berlaku sejak 70-an lagi, tetepi sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang perubahan positif. Masalah penyalahgunaan dadah menimbul apabila manusia menyalahgunaankan dadah untuk kepuasan dan keseronokan diri.

   Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah telah membawa pelbagai jenis masalah kepada masyarakat dan negara..Sebagai contoh, seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat.

   Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah penyalahgunaan dadah. Faktor pertama adalah keinginan mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan  menjadi teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.

   Selain itu, tekanan yang dialami oleh seseorang akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunaan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.

   Penyalahgunaan dadah akan mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri penagih dan juga masyarakat. Salah satu kesan ialah kesihatan penagih akan terjejas. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian bayi semasa lahir atau melahirkan bayi yang tidak sempurna.

   Tambahan pula, kesan terhadap masyarakat adalah penigkatan kes-kes sosial dan jenayah. Contohnya budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya sering kali dilakukan oleh penagih selepas mereka mengambil dadah. Ini adalah kerana penagih dadah telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah.

   Penyalahgunaan dadah juga akan membawa maut kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang awam. Sebagai contoh, penagih dadah yang mengambil dos dengan berlebihan akan menemui ajal. Nyawa ahli keluarga tergugat kerana penagih dadah akan terhilang kawalan dengan melakukan tindakan ganas semasa memerlukam wang untuk membeli dadah.

   Untuk mengatasi masalah ini, pendidikan mengenai bahaya dadah harus dilaksanaan. Ibu bapa dan guru hendaklah  memberi pendidikan kepada remaja sejak mereka kecil. Dengan itu, remaja dapat dielakkan daripada terjerumus ke dalam dunia dadah.

   Selain itu, kempen kesedaran mestilah diadakan dari masa ke masa oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai jenis aktiviti yang diadakan semasa kempen ini berlangsung perlulah melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah.

   Tambahan pula, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa mestilah menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman gantung sampai mati terhadap para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar dadah. Hukuman berat yang diterima oleh para penjual akan dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu.

   Kesimpulanya,dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga berpunca daripada banyak faktor.Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi penyalahgunaan ini.Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita menjadi lemah.

Ditulis oleh,
ONG LING LEE 205975

8/16/2010

JENAYAH KE ATAS KANAK-KANAK

Kanak-kanak ialah seorang manusia yang masih belum baligh atau cukup umur.Di usia begini,akal dan fikiran mereka masih mentah.Mereka cepat terdedah dan terikut dengan apa yang mereka lihat,dengar dan alami.Jadi,tidak hairanlah jika mereka mudah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab.Kes-kes jenayah ke atas kanak-kanak pada masa kini menunjukkan adanya perkembanagn yang sangat mencemaskan terhadap keselamatan sosial sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia secara amnya.




Kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak pada masa kini antaranya ialah kes culik.Jenayah culik ini boleh dikatakan berlaku saban hari dan merupakan kes yang paling kerap berlaku di Malaysia dan di luar negara.Mengikut rangkaan UNICEF,setiap hari dianggarkan lebih 3000 kanak-kanak dari seluruh dunia diculik untuk tujuan yang tertentu.Ada di antara kanak-kanak malang tersebut dipaksa menjadi hamba seks,peminta sedekah,buruh kasar dan sebagainya.Ada juga dikalangan mereka yang diculik oleh sindiket-sindiket asing dibunuh hanya bertujuan untuk menjual organ-organ dalaman mereka seperti buah pinggang,jantung,hati dan sebagainya.



Seterusnya ialah kes rogol dan liwat.Oleh kerana sifat kanak-kanak yang masih naif dan tidak tahu mengecam pemangsa,golongan kanak-kanak perempuan dijadikan pemuas nafsu ganas golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.Lebih menyedihkan,ada di antara mereka menjadi mangsa kepada orang yang hampir dengan mereka iaitu saudara mereka sendiri seperti bapa,abang atau datuk.Namun,nasib kanak-kanak- lelaki juga dalam bahaya.Hal ini kerana mereka juga terdedah dengan jenayah liwat yang turut dilakukan lelaki-lelaki durjana.Keadaan ini amat membimbangkan seluruh masyarakat di dunia masa kini.



Manakala bagi kes jenayah yang seterusnya pula merupakan kes yang sering menjadi tajuk utama akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini,iaitu kes penderaan.Sayu hati apabila melihat kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar kebelakangan ini.Apalah dosa mereka sehingga didera tanpa sekelumit perasaan belas kasihan.Lagi menyedihkan,sesetengah kes penderaan yang berlaku ke atas mereka dilakukan oleh kaum keluarga mereka sendiri.Namun,ada juga dari kalangan mereka didera oleh pembantu rumah warga asing ataupun pengasuh.Dalam masa yang sama,kanak-kanak juga terlibat dengan penderaan emosi yang lazimnya berlanjutan sehingga mereka dewasa.



Selain itu,kes jenayah yang paling dahsyat yang berlaku ke atas kanak-kanak ialah kes pembunuhan.Golongan kanak-kanak mudah terdedah dengan jenayah ini kerana mangsa adalah golongan yang lemah dan sudah tentu sukar untuk mereka melawan untuk mempertahankan diri daripada dicederakan.Mereka sekadar insan naif dan belum mengerti apa makna sesebuah kehidupan.Namun,masih terdapat lagi manusia yang bertopengkan syaitan yang sanggup memperlakukan kanak-kanak sebegitu rupa.Di manakah letaknya nilai kenmnusiaan yang sepatutnya ada dalam setiap makhluk ciptaan Tuhan yang bergelar manusia?Lebih mendukacitakan,kebanyakkan pembunuhan ke atas kanak-kanak dilakukan oleh orang dewasa yang kehilangan akal fikiran yang waras.



Di samping itu,buruh paksa juga boleh dikategorikan sebagai jenayah ke atas kanak-kanak.Jenayah ringan ini amat berleluasa di negara kita mahupun di negara asing.Desakan hidup dan kesempitan wang disebabkan sosioekonomi yang tidak stabil telah membuatkan golongan ini terpaksa membanting tulang dalam usia yang muda.Lazimnya,mereka diketuai oleh sindiket yang menjalankan aktiviti haram seperti ini.Lebih memeritkan,upah yang diterima tidak setimpal dengan kudrat yang mereka gunakan.Malah lebih dashyat lagi,mereka terpaksa bekerja tanpa berhenti dalam tempoh 24 jam.Keadaan ini telah membuka mata banyak pihak termasuk pihak kerajaan,swasta dan masyarakat.



Punca-punca berlakunya jenayah kanak-kanak yang pertamanya ialah sifat kanak-kanak.Secara semula jadi,kanak-kanak bersifat naif,kurang berakal dan mudah menurut kata.Keadaan ini yang menjadi pendorong kepada sebab mengapa kanak-kanak mudah menjadi mangsa kepada orang yang lebih dewasa darinya.Mereka tidak pandai membezakan antara baik dengan buruk serta tidak tahu mengenai kesan dan akibat yang bakal dihadapi jika berlakunya sesuatu perkara.Sebagai contoh,terdapat satu kes rogol dimana seorang kanak-kanak perempuan diumpan oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan hanya menggunakan sebiji gula-gula.Pendek kata,kanak-kanak merupakan sumber yang paling mudah didekati dan tidak mengancam pemangsa.



Kedua,kurang keberkesanan undang-undang juga merupakan antara punca berlakunya jenayah ke atas kanak- kanak.Ini boleh dianggap salah satu faktor kerana penjenayah pada hari ini sudah tidak takut kepada undang-undang.Mungkin kerana hukuman yang dikenakan kini kurang tegas menyebabkan mereka memandang ringan dan tidak gentar dengan hukuman yang dikenakan.Tambahan pula bagi mereka,sungguhpun disabitkan bersalah terhadap jenayah yang dilakukan,namun mereka akan 'hidup' semula selepas menjalani hukuman dan tidak salah dikatakan bahawa mereka pasti akan mengulanginya semula pada kemudian hari.



Punca yang ketiga pula ialah keghairahan media.Sama ada di kaca televisyen.VCD,akhbar harian.tabloid,majalah,novel,internet,iklan dan lain-lain secara terang dan tersembunyi memaparkan imej dan mesej seksual yang mudah didapati.Bahan-bahan ini dijual secara berleluasa dan amat laris seperti pisang goreng panas.Aksi perlakuan seks atau fidofilia inilah yang merangsang nafsu syahwat terutamanya golongan lelaki.Menurut kajian,hampir keseluruhan kes rogol yang berlaku adalah berpunca daripada keghairahan media yang memaparkan aksi-aksi lucah yang tidak senonoh yang boleh merangsang golongan lelaki.



Seterusnya,kelalaian dan kecuaian ibu bapa.Kebanyakkan kes jenayah ke atas kanak-kanak berlaku disebabkan oleh kecuaian ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.Mereka cuai dan lalai ketika mengawasi anak-anak mereka seharian.Ada dikalangan ibu bapa yang tidak prihatin dengan keselamatan anak-anak mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berseorangan kemana-mana sahaja tanpa ditemani oleh seseorang yang lebih dewasa.Sebagai contoh,kes kehilangan kanak-kanak lelaki yang berlaku di kompleks membeli-belah SOGO beberapa tahun yang lalu.Kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan kelalaian ibu bapa kanak-kanak itu sendiri yang sedang leka membeli-belah sehingga terlupa untuk mengawasi anak sendiri.



Manakala langkah-langkah yang boleh diusahakan untuk menangani masalah ini ialah dengan menwujudkan satu bentuk hukuman yang berkesan.Pihak kerajaan haruslah melaksanakan hukuman yang lebih berat dan tegas serta berkesan.Hal ini kerana bentuk-bentuk hukuman yang sedia ada seperti penjara dan sebatan tidak lagi mendatangkan kesan kepada masyarakat.Masyarakat sudah tidak gentar terhadap hukuman yang sedia ada dan hukuman tersebut sudah tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.Oleh itu,satu bentuk hukuman yang lebih tegas dan berat harus dilaksanakan agar penjenayah tidak lagi bertindak secara sesuka hati.



Di sampimg itu,keprihatinan yang lebih daripada ibu bapa amat diperlukan.Walau sesibuk manapun,ibu bapa seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka adalah lebih besar daripada segalanya.Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak dan sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka ketika berada di luar rumah.Hal ini karana ia merupakan satu langkah awal untuk membanteras jenayah ini.Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan peranan mereka kepada orang gaji khususnya kerana dalam pembentukan anak-anak,ibu bapa adalah yang paling sesuai untuk mereka.



Langkah yang seterusnya ialah keprihatinan daripada masyarakat.Masyarakat seharusnya peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling dan perlu mengikis sikap individualistik yang ada dalam diri masing-masing.Hal ini kerana sikap tidak ingin tahu dan tidak mengambil kisah tentang hal orang lain telah membuka pintu kepada jenayah keganasan terhadap kanak-kanak.Sebagai contoh,banyak kes penderaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah turut berpunca daripada sikap ketidakprihatinan masyarakat di negara kita.Akhirnya kanak-kanak tersebut meninggal dunia tanpa mendapat sebarang pertolongan daripada masyarakat sekelilingnya.



Kesan yang dihadapi oleh kanak-kanak akibat daripada jenayah ini adalah kesan terhadap psikologi.Kanak-kanak mungkin akan mengalami trauma yang teruk terutamanya kepada mereka yang menjadi mangsa kepada kes rogol dan kes dera.Emosi mereka akan terganggu dan mereka akan mula merubah sikap daripada yang sedia kala kepada seorang yang pendiam.Ada sesetengah di kalangan kanak-kanak yang mula memencilkan diri dan tidak suka bergaul dengan orang ramai.Keadaan ini memberikan kesan yang tidak baik terhadap proses tumbesaran mereka.



Seterusnya,kesan terhadap masa depan mereka.Masa depan amat penting bagi seorang kanak-kanak.Namun,bagi mereka yang menjadi mangsa rogol,kejadian hitam tersebut sedikit sebanyak boleh menjejaskan masa depan mereka.Cacian dan buah mulut orang sekeliling akan memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan mereka.Tambahan pula,tanggapan yang negatif dan pandangan yang sinis daripada masyarakat sekitarnya akan mencemarkan nama baik dan imej kanak-kanak tersebut apabila mereka sudah dewasa kelak.Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang keyakinan diri dan menjejaskan masa depan mereka.



Kesimpulannya,kanak-kanak merupakan insan yang memerlukan perlindungan dan belaian kasih sayang daripada kita yang lebih dewasa darinya.Oleh itu,ibu bapa dan seluruh masyarakat haruslah sama-sama memikul tanggungjawab masing-masing dan bekerjasama dalam menangani masalah ini agar golongan kanak-kanak tidak dengan mudahnya dizalimi oleh sesiapa jua.Seterusnya,rumusan yang kukuh dan praktikal untuk membanteras jenayah ke atas kanak-kanak hendaklah segera dilancarkan jika kita semua mahu negara Malaysia menjadi negara yang selamat untuk generasi tunas buat masa hadapan.


Ditulis oleh,
YANG CHIN LIT 206640

8/15/2010

Gengsterisma


   Sejak kebelakangan ini, masyarakat sentiasa membincangkan tentang generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh menjajaskan keutuhan struktur masyarakat di negara kita. Masalah aktiviti-aktiviti sosial yang ditimbul ialah masalah gengsterisme. Ibu bapa semakin mengambil berat tentang masalah ini kerana aktiviti gengsterisme semakin berleluasan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Pada masa kini, sekolah telah menimbulkan satu suasana yang tidak selamat. Oleh itu, pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dapat meyakinkan kepada displin sekolah. Mereka sangat merisaukan keselamatan mereka semasa anak-anak mereka belajar di sekolah. Serata dunia juga menghadapi masalah kes displin pelajar-pelajar.



   Maksud gengsterisme ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.


   Golongan remaja senang terdedah dalam keadaan persekitarannya. Jika kita dapat memenuhi keperluan mereka seperti memberi keseronokan, mereka akan memasukkan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kumpulan gengster ialah satu kumpulan orang yang membuat tindakan-tindakan yang ganas dalam bercorak anti sosial. Hubungan mereka menjadi lebih erat dan kukuh berbanding pada mulanya tidak sehaluan. Mereka sangat mementingkan semangat setia kawan dan mengamalkan tradisi kumpulan. Golongan remaja akan mengubah spesifik geng mengikut keadaan semasa dan tempat. Ahli-ahli akan memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada satu sama lain. Mereka akan memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing. Ketua kongsi gelap akan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah.



   Salah satu faktor yang menyebabkan masalah gengsterisme berlaku ialah kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif. Persekitaran boleh mengubah sikap seseorang. Kawasan kediaman yang tidak selesa akan menjejaskan pembesaran dan perkembangan diri pelajar. Kawasan tempat tinggal yang dapat menimbulkan perasaan tidak selamat akan menyebabkan pelajar lebih suka menghabiskan sebahagian masanya di luar rumah. Oleh itu, mereka lebih mudah terdedah kepada gengsterisme. Aktiviti gengsterisme telah berakar umbi di kawasan persekitaran sebagai tempat berlindung.



   Faktor kedua ialah pihak ibu bapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian. Oleh itu, kerosakan akhlak anak-anak berlaku. Kesibukan ibu bapa untuk menampung kehidupan telah mengakibatkan sesetengah pelajar hidup dalam keadaan terbiar. Ibu bapa tidak mengambil tahu tentang kegiatan yang disertai oleh anak-anak mereka. Mereka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Faktor seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur. Keabaian ibu bapa akan menyebabkan mereka lebih erat dengan rakan-rakan dan berasa rakan-rakan adalah orang yang paling memahami mereka. Oleh itu, mereka akan mengikut jejak rakan-rakannya.


   Masalah gengsterisme akan membawa kesan negatif kepada sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah akan memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar. Ahli-ahli sering membuat aktiviti-aktiviti ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat mewujudkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Seterusnya, pelajar-palajar, pihak pengurusan, keselamatan sekolah dan proses penyampaian pendidikan am juga akan dijejaskan. Kesan kedua ialah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Kelakuan pelajar akan memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan sesebuah sekolah. Mereka akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati. Kegagalan menangani secara segera dan berkesan boleh mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.


   Selain itu, sekolah akan manjadi pusat aktiviti geng. Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahlli-ahli baru dan untuk tujuan sosial yang lain. Mereka akan berkumpul di sekolah untuk membincangkan aktiviti mereka. Kumpulan kongsi gelap akan memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain menyertai kumpulan mereka sebagai ahli baru. Kesan terakhir masalah gengsterisme ialah vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah. Pelajar-pelajar akan merosakkan harta benda bahagian-bahagian sekolah, guru dan pelajar. Mereka juga akan melakukan grafik pada harta sekolah. Grafik-grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan pembelajaran untuk membersihkan. Pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan disiplin akan berasa tidak puas hati dan seterusnya merosakkan harta benda sekolah.


   
   Kita harus mengambil tindakan yang sewajar untuk mengatasi masalah gengsterisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa juga harus mengeluarkan masa untuk bersembang dengan anak-anaknya untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin atau disyaki terlibat dalam kegiatan gengsterisme. Kem atau program tertentu boleh diadakan untuk memerhati kegiatan pelajar berisiko. Selain itu, undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan mempu menyedarkan pelajar supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan gengsterisme lagi.


   Kesimpulannya, kita tidak harus menyalahkan dan menunding jari orang lain semasa berlaku masalah gengsterisme. Sebaliknya, kita harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Ini adalah tanggunjawab kita semua. Golongan remaja juga mesti menyayangi diri sendiri dan tidak melibatkan diri dalam masalah gengsterisme.

Ditulis oleh,
CHIN SEE MUN 206086